Ahad, 7 Julai 2013

Sukaneka kali ke - 4 SKBB 2










Sukaneka SKBB 2 telah diadakan pada hari Jumaat (5.7.13) dalam keadaan cuaca yang suram walau bagaimanapun ianya berjalan lancar dan sederhana meriahnya di dataran terbuka Ibnu Sina.Peserta yang terlibat ialah murid-murid Tahun 3,2,1,Pra dan PPKI. Para ibu bapa juga turut  hadir bagi  menyaksikan anak-anak mereka menyertai upacara perbarisan lintas hormat dan acara  sukaneka pada hari itu.
Kanak-kanak Prasekolah SKBB 2 turut menyertai perbarisan lintas hormat dan aktiviti permainan dalam kumpulan tersebut.Dalam acara perbarisan lintas hormat dan formasi,Prasekolah mendapat tempat ketiga  yang bertemakan "flora",manakala tempat pertama dan kedua dimenangi oleh murid Tahun 3 dan Tahun 1.
Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan sukaneka pada kali ini.Semoga kita berjumpa di tahun hadapan dengan ilham yang lebih segar dan mantap.
Pihak prasekolah ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada semua kakitangan SKBB 2 dan para penjaga murid SKBB 2..

Sabtu, 22 Jun 2013

Kejayaan Yang Diraikan Bersama

Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru prasekolah SKBB 2,Pn Hazrina bt Soid kerana berjaya bersama pasukan bola jaringnya sekali lagi melakar sejarah memenangi pertandingan acara guru di Sabak Bernam pada 22.6.13.Pasukan Hulu Selangor telah berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua.Sementara pasukan bola jaring PPM mendapat tempat kedua.Tidak lupa pula bagi acara kids atheletics pasukan Hulu Selangor mendapat tempat ketiga.Kontijen cilik  ini telah diwakili oleh adik Hanie dari Pra Utarid.Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada rakan-rakan cilik yang lain

Khamis, 20 Jun 2013

Keselamatan Bersama Bananana


Kempen Keselamatan Bersama Bananana dan Perodua telah menarik minat kanak-kanak prasekolah SKBB 2 dan semua warga SKBB 2.Kanak-kanak prasekolah diberi taklimat tentang cara mencuci luka di tangan serta keselamatan menggunakan alatan di dapur dan lain-lain lagi
Selain itu pihak Perodua melobi kereta myvi baru dengan pakej "Terima Kasih Cikgu" kepada guru-guru SKBB 2 yang ingin menambah koleksi kereta mereka atau yang ingin bertukar kepada kereta baru.
Kehadiran maskot Boboiboy serta Yaya telah menambah tarikan kanak-kanak prasekolah dan warga SKBB 2 untuk melihat lebih dekat lagi aksi lucu karaktor tersebut.Peristiwa ini berlaku sebelum pertengahan cuti setengah tahun.

Kempen Bumi Hijau dan Telematch Unisel

Kempen Bumi Hijau yang mementingkan keindahan alam sekitar kanak-kanak prasekolah telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Unisel.Kanak-kanak prasekolah SKBB 2 menyumbang 1 pasu 1 murid kepada pihak prasekolah SKBB 2 bagi menjayakan program tersebut.
Pelajar-pelajar Unisel telah menunjukcara menanam pokok-pokok bunga di dalam pasu serta di atas tanah.Program ini melatih kanak-kanak cintakan alam sekitar yang hijau dan mengekalkan keindahan alam semulajadi di prasekolah.
Keesokkan harinya pula di adakan acara telemacth antara kanak-kanak bersama ibu bapa serta rakan-rakan yang lain dalam suasana santai dan menggembirakan kanak-kanak prasekolah SKBB 2.

Sambutan Hari Lahir Permata Prasekolah SKBB 2


Sambutan Hari Lahir kanak-kanak prasekolah SKBB 2 telah diadakan pada 22 Mac 2013 di Dewan Makan Pra SKBB 2.Seramai 18 orang kanak-kanak yang bertuah yang lahir pada bulan Jan- Mac di sambut secara sederhana tetapi meriah dengan makanan yang menyelerakan serta sumbangan ikhlas ibu bapa seperti hadiah dan pelbagai makanan ringan .
Pada majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran guru HEM, Encik Norazmi b Mohd  Azid dan pengerusi pewaris 2013,Encik Mohd Amin b Hamid.Ucapan ringkas daripada mereka kedengaran pada hari itu.
Guru-guru dari Unisel juga hadir menjalani praktikal dan meraikan kanak-kanak tersebut.

Kursus Amalan P&P Yang Menyeronokkan di Port Dickson

Seramai 90 orang guru prasekolah dari 10 daerah Negeri Selangor telah berkampung di Hotel Ancasa dan Resorts di Teluk Kemang Port Dickson selama 3 hari 2 malam bagi memantapkan p&p di dalam kelas prasekolah.Pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar minda guru-guru prasekolah untuk melaksanakan aktiviti mengikut  4  tunjang utama iaitu Tunjang Bahasa dan Komunikasi,Kreativiti dan Estetika,Sains dan Teknologi dan Kemanusiaan.
Seramai 13 orang guru prasekolah Hulu Selangor menyertainya termasuk 3 orang JU membentangkan kertas kerja dan menjalankan aktiviti secara berbengkel yang menarik serta menyeronokkan guru apatah lagi kanak-kanak di dalam kelas kelak.
Pada majlis penutup ini telah diserikan dengan pemberian sijil dan pengumuman kumpulan peserta bengkel yang berjaya iaitu  dimenangi oleh kumpulan itik dan kambing di tempat pertama,kucing ketiga dan lembu dan ayam di tempat keempat dan kelima.

Sabtu, 15 Jun 2013

Borang Kemasukkan Murid Pra Sesi 2014

Assalamulaikum kepada semua ibu bapa/penjaga SKBB 2
Dimaklumkan bahawa borang kemasukkan murid pra sesi 2014 telah dibuka mulai sekarang (14.6.13).Ibu bapa yang berminat dan mempunyai kelayakan gaji  kurang  RM1000 ke bawah boleh berbuat demikian.Anak yang lahir pada 2.1.08 - 1.1.09 adalah layak dipertimbangkan untuk kemasukkan Januari 2014.Murid yang lahir pada 1.1.08 tidak layak untuk memohon untuk sesi 2014.
Borang permohonan boleh didapati di pejabat SKBB 2 sehingga bulan Ogos tarikh pendaftaran dibuka.
Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan ada cop pengesahan daripada majikan atau ketua yang dilantik dikawasan perumahan yang diduduki.
Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayani.

Harap maklum.

Sekian terima kasih.

Penyelaras Pra sekolah SKBB 2.